Search

SULTAN IBRAHIM DAN KELUARGA DIRAJA JOHOR TETAP BAN...

  • Share this:

SULTAN IBRAHIM DAN KELUARGA DIRAJA JOHOR TETAP BANTU RAKYAT DALAM KEADAAN EKONOMI MENCABAR

Walaupun tempoh pandemik COVID-19 yang masih berterusan ini memberikan kesan kepada ekonomi semasa, namun DYMM Sultan Johor bersama Keluarga Diraja Johor tetap fokus dalam membantu rakyat.

Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) secara berterusan menggerakkan pelbagai usaha dalam membantu golongan memerlukan, antaranya dengan kurniaan bantuan keperluan makanan sejak April tahun lalu.

Bantuan keperluan makanan disampaikan kepada Bangsa Johor yang terkesan akibat COVID-19 serta terputus pendapatan, selain Baginda mengurniakan sumbangan peribadi kepada pesakit-pesakit kronik dipelbagai daerah.

Ketika bencana alam melanda daerah Pontian dan Kota Tinggi, baru-baru ini DYMM Sultan Johor dengan segera menghulurkan bantuan serta berkenan menanggung kos pembaikan kediaman mereka yang terjejas.

Malah, Baginda Tuanku Sultan turut berkenaan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM5 juta bagi membeli peralatan keperluan hospital di negeri ini dalam menangani pandemik COVID-19.

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bersama DYAM Mejar Jeneral, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut menyampaikan bantuan setiap minggu kepada rakyat termasuk petugas-petugas barisan hadapan.

Bantuan Baginda Tuanku Sultan serta Keluarga Diraja Johor disampaikan tanpa mengira agama dan bangsa diseluruh daerah demi menitikberatkan kebajikan rakyat.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor


Tags:

About author
not provided